F.A.Q

Inginkan jawapan untuk pertanyaan anda?
Sini semuanya ada.

Hukum

UMUM

Akikah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi.

DALIL

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522).

 

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Jika tidak disembelih akikah pada hari yang ketujuh, maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-14. Jika tidak disembelih pada hari yang keempat belas maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-21”
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi / MS 71 : Edisi Rumi)

UMUM

Hukum melaksanakan ibadah akikah ialah SUNNAH MU’AKKADAH (sunat yang sangat dituntut melakukannya).

DALIL

Hal ini berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie iaitu hukum melaksanakan akikah ialah Sunnah Mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut)
(Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafie, Jilid 1 / MS 487)

UMUM

Kerana ibadah akikah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

DALIL

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)

UMUM

Tidak. Akikah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan & Husain R.Anhuma.

DALIL

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkannya untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

UMUM

   5.1 Menghindari anak dari terkena penyakit
   5.2 Menghindari anak dari gangguan syaitan
   5.3 Membantu menyokong tumbesaran dan minda anak
   5.4 Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW

UMUM

Ibadah akikah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa/penjaga) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat mengakikahkan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

 

IBU BAPA

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)

 

DATUK

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

 

PENJAGA

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Orang yang disunatkan mengerjakan akikah kanak-kanak ialah orang yang wajib menafkahkannya iaitu penjaganya mengikut kemampuannya”.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi)

UMUM

Boleh, malah sunat hukumnya bagi seseorang dewasa yang belum diakikahkan, maka dia boleh melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri.

DALIL

1. Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabarani telah meriwayatkan tentang hadith Nabi SAW melakukan akikah untuk dirinya setelah dilantik menjadi Rasul, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنْ نَفْسِهِ بَعْدَ النُّبُوَّةُ
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW melakukan akikah untuk dirinya sendiri setelah dilantik menjadi Nabi”
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi)

2. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Sunat mengerjakan akikah untuk dirinya (setelah dewasa) kerana memperolehi semula barang yang luput (kemampuan)”. Hal ini berdasarkan pandangan Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Tuhfah Al-Muhtaj.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi) ”

3. Dipetik daripada Al-Kafi li Al-Fatawa, menyatakan bahawa: “Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diakikahkan untuk mengakikahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya”
(AL-KAFI #633 : HUKUM AQIQAH BAGI DIRI SENDIRI)
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri

UMUM

Jika sekiranya ibu bapa / penjaga kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh mengakikahkan anaknya, tetapi ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapanya.

DALIL

Tiada dalil yang melarang untuk melakukan demikian. Bahkan hal ini dikiaskan kepada hadith tentang perbuatan Nabi SAW yang mengakikahkan dua orang cucunya iaitu Sayyidina Hassan dan Hussain Radhiallahu ‘anhuma.

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

  • Belum mempunyai nama?
  • Salah ejaan nama?
  • Bertukar nama?
  • Belum mendaftar

UMUM

Boleh, kerana nama bukanlah syarat sah sembelihan akikah, ia adalah tertakluk kepada niat sahaja.
Meletakkan nama ketika mendaftar akikah itu hanya urusan dokumentasi, ia tidak menjejaskan niat untuk melaksanakan akikah tersebut.

UMUM

Memadai niat akikah / korban dari pihak peserta sahaja, kerana menyebut nama ketika sembelih bukanlah syarat sah sembelihan tersebut.

DALIL

Penyembelih tidak wajib menyebut nama ketika menyembelih. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya:

وَلَيْسَ عَلَى الوَكِيلِ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ الذَبْحِ عَمَّنْ؛ لِأًّنَ النِّيَّةَ تُجْزِئَ
Maksudnya: “Mereka yang menjadi wakil dalam sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban ketika sembelihan berlaku. Kerana memadai dengan niat daripada pemilik korban”
(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2737)

Begitu juga, fatwa Al-Imam al-Nawawi di dalam karyanya:

وَلَوْ وَكَّلَهُ وَنَوَى عِنْدَ ذَبْحِ الْوَكِيلِ كَفَى ذَلِكَ وَلَا حَاجَةَ إلَى نِيَّةِ الْوَكِيلِ بَلْ لَوْ لَمْ يَعْلَمْ الْوَكِيلُ أَنَّهُ مُضَحٍّ لَمْ يَضُرَّ
Maksudnya: “Jika dia mewakilkan dan dia niat ketika berlaku sembelihan, maka sudah memadai niat itu. Tidak perlu kepada niat wakil sekalipun wakil itu tidak tahu bahawa dia adalah orang yang berkorban, ini tidak memudaratkan(hukum tetap sah)”
(Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/406)

SUNNAH MUAKKADAH

Boleh, malah sunat hukumnya melaksanakan akikah ke atas bayi / seseorang yang telah meninggal dunia, jika ia belum sempat diakikahkan semasa hayatnya.

 

SUNAT (Selepas Lahir)

Fatwa Mufti Wilayah menyatakan bahawa: Jika seorang anak itu lahir kemudian meninggal dunia sebelum sempat hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan ibadah akikah ke atasnya sepertimana disunatkan ke atas orang yang hidup. Ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab As-Syafie” (AL-KAFI #1570)

 

SUNAT (Sebelum Lahir)

“Jika janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan akikah ke atasnya” (AL-KAFI #1570)

 

HARUS (Sebelum cukup 4 bulan usia kandungan)

“Jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan akikah ke atasnya, kerana ia diibaratkan sebagai objek”

(AL-KAFI #1570: HUKUM AQIQAH TERHADAP ANAK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA)
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4090-al-kafi-1570-hukum-aqiqah-terhadap-anak-yang-telah-meninggal-dunia

Haiwan Akikah

KAMBING

Sunat menyembelih akikah dengan haiwan kambing
a. Lelaki – 2 ekor kambing
b. Perempuan – 1 ekor kambing

Tetapi, boleh juga melaksanakan akikah dengan haiwan ternakan yang diharuskan bagi ibadah korban seperti lembu dan unta berdasarkan Qiyas dan Fatwa ulamak dalam mazhab As-Syafie.

DALIL

Ummu Al-Mu’minin Saiyidatina Aisyah R.Anha:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعَقَّ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan akikah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)

 

DALIL AKIKAH LEMBU

Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu As-Syafi`e), dibolehkan akikah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas”
(Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448)

 

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

UMUM

Keutamaan haiwan bagi ibadah akikah ialah kambing, berdasarkan dalil yang kuat dan pandangan majoriti ulama dalam mazhab As-Syafie & beberapa mazhab yang lain. Manakala pilihan seterusnya ialah haiwan ternakan yang dibolehkan untuk pelaksanaan ibadah korban iaitu lembu dan unta berdasarkan pandangan Al-Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ & Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitab Fatawa Al-Kubra Al-fiqhiyyah.

DALIL

Saiyidina Aisyah RA berkata:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعَقَّ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan akikah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)

UMUM

Kedua-duanya. Cuma kebiasaannya pihak kami akan menyembelih akikah dengan haiwan jantan.

 

HUKUM

Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat sama ada akikah tersebut sah atau tidak.

UMUM

Saiz KAMBING mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
• Kambing : 2 tahun
• Biri-biri : 1 tahun @ sudah bersalin gigi)
• Tidak cacat & tidak berpenyakit

 

Saiz LEMBU mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
• Lembu : 2 tahun
• Tidak cacat & tidak berpenyakit

KAMBING AKIKAH LOKAL

Saiz & berat kambing akikah lokal (Malaysia) adalah berbeza mengikut baka.

BERAT HIDUP : 30-34KG

BERAT BERSIH : 15-17KG

 

KAMBING AKIKAH PREMIUM & MEKAH

Saiz & berat kambing akikah adalah berbeza mengikut baka dan sosio-budaya bagi setiap tempat (negara) pelaksanaan.

BERAT HIDUP : 18-28KG

BERAT BERSIH : 9-14KG

 

LEMBU AKIKAH EKONOMI

Saiz & berat lembu akikah adalah berbeza mengikut baka dan sosio-budaya bagi setiap tempat pelaksanaan.

BERAT HIDUP : 180-250KG

BERAT BERSIH : 90-125KG

KAMBING AKIKAH LOKAL

Di EZ Qurban kami menawarkan haiwan jenis kambing & biri-biri dalam kategori yang sama bagi pakej Akikah Lokal

KAMBING : BOER & JAMNAPARI
BIRI-BIRI : DORPER & MERINO

 

KAMBING AKIKAH PREMIUM & MEKAH

Di EZ Qurban kami menawarkan haiwan jenis kambing & biri-biri dalam kategori yang sama bagi pakej Akikah Premium & Mekah. Dan baka tertakluk kepada bekalan di negara tersebut.

KAMBING : BOER, JAMNAPARI, DAMARA & KATJANG
BIRI-BIRI : DORPER & MERINO

 

LEMBU AKIKAH EKONOMI

Di EZ Qurban kami menawarkan haiwan lembu bagi pakej Akikah Ekonomi dan baka tertakluk kepada bekalan di negara tersebut.

BRAHMA, ANKOLE, WATUSI

Kambing

UMUM

Boleh, kerana Rasulullah SAW mengakikahkan kedua cucunya Hassan & Hussain R.Anhuma dengan dua ekor kibash (seekor kibash setiap seorang).

DALIL

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang.”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

UMUM

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan akikah tersebut sesegera yang boleh, apatah lagi jika ianya telah diniatkan.

UMUM

Boleh. Lebih banyak haiwan akikah yang disembelih, maka lebih besar ganjarannya kerana lebih ramai yang menerima manfaatnya.

Lembu

UMUM

Harus melaksanakan akikah dengan bahagian lembu dan hukum pelaksanaan masih dikira Sunnah Mu’akkadah.

DALIL

Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan akikah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas”
(Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448)

 

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

UMUM

Minimum untuk seorang dan maksimum untuk 7 orang peserta sahaja.

DALIL

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

UMUM

Boleh.

DALIL

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

UMUM

Tidak boleh. Dan kami juga tidak menyediakan perkhidmatan lebih dari satu nama untuk satu penyertaan akikah.

DALIL

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

UMUM

DIBOLEHKAN TETAPI TIDAK DIGALAKKAN.

DALIL

Fatwa Mufti Wilayah menyatakan bahawa:
“Sekiranya seseorang itu mampu, maka yang terbaiknya adalah dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berlakunya perkongsian (korban dan akikah disekalikan) dan itu bagi kami adalah yang terbaik untuk keluar daripada khilaf”

IRSYAD AL-FATWA :
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1070-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-5-hukum-berkongsi-korban-dan-aqiqah-pada-sembelihan-lembu-unta-yang-sama

 

EZQ

Kami tidak melaksanakan akikah & korban (bercampur bahagian) untuk seekor lembu kerana ia akan menyukarkan proses pendaftaran dan pelaksanaan.

Dan pilihan yang paling terbaik pastilah diasingkan antara kedua ibadah ini kerana ianya merupakan niat yang berbeza.

UMUM

Anak lelaki : 2 bahagian lembu
Anak perempuan : 1 bahagian lembu

DALIL

Hal ini berdasarkan dalil Qiyas kepada hadith akikah dengan kambing. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Ummu Al-Mu’minin Saiyidatina Aisyah R.Anha:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعَقَّ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan akikah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)

UMUM

Boleh.

DALIL

Hal ini berdasarkan dalil Qiyas kepada hadith Nabi SAW mengakikahkan cucunya dengan seekor kambing setiap seorang. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

UMUM

Boleh. Lebih banyak haiwan akikah yang disembelih, maka lebih besar ganjarannya kerana lebih ramai yang menerima manfaatnya.

UMUM

Boleh. Akan tetapi waktu dan lokasi sembelihannya berkemungkinan berbeza kerana syarat bagi sembelihan akikah bahagian lembu mestilah cukup 7 bahagian.

UMUM

Hukum & dalil asal haiwan sembelihan akikah ialah dengan kambing sahaja. Tetapi dalam masa yang sama, terdapat juga fatwa yang mengharuskan pelaksanaan akikah dengan bahagian lembu.

DALIL

Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu As-Syafi`e), dibolehkan akikah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas”
(Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448)

UMUM

Maaf. Kami tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat peserta lain. Namun peserta akan dapat melihat laporan bukti pelaksanaan (gambar atau video) yang memaparkan nama umum para peserta sahaja.

UMUM

Inshaa Allah pihak kami akan mencukupkan seekor lembu untuk disembelih dan selewat-lewatnya sembelihan akan berlaku 10 hari selepas pendaftaran.

UMUM

Boleh, hanya pendaftaran akikah dengan 7 bahagian (seekor lembu). Jika berminat, pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh permintaan.

Perkhidmatan

UMUM

Kami menyediakan pakej akikah di dalam dan luar negara.

AKIKAH LOKAL

Kambing sahaja RM1,199/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

AKIKAH PREMIUM

Kambing sahaja RM590/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

AKIKAH MEKAH

Kambing sahaja RM449/Per Ekor

AKIKAH EKONOMI

Lembu sahaja RM299/Per Bahagian

UMUM

EZ Qurban melaksanakan ibadah akikah di Malaysia dan di luar negara antaranya di Kemboja, India, Indonesia, Chad, Kenya, Uganda, Burkina Faso, Palestin, Arab Saudi dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh).

Untuk Akikah Lokal (Malaysia), kami melaksanakan akikah di 4 buah negeri iaitu Johor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

AKIKAH LOKAL

JOHOR
Senggarang Goat Farm, Senggarang.

KELANTAN
i-Sejahtera Farm, Bachok.

KEDAH
Colla Cattle Farm, Kulim.

SELANGOR
1. Golden Goat Farm, Kundang.
2. AP Prestige Farm, Pulau Indah, Klang.

UMUM

EZ Qurban Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran (768010-D). Pejabat kami beroperasi di Batu Caves Centrepoint, Selangor.

Kami melantik Amanah Warisan Berhad (AWARIS) iaitu sebuah Institusi Amanah yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bagi memantau setiap aliran kewangan dan aktiviti pengurusan EZ Qurban.

Kami merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO 1900:2014 Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.

Setiap tahun, EZ Qurban Sdn Bhd mengeluarkan laporan kewangan beraudit oleh juruaudit bertauliah dan membayar cukai perniagaan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepertimana yang telah dijadualkan.

EZ Qurban Sdn Bhd berjaya merangkul beberapa Anugerah Kecemerlangan, antaranya:

– JABIR IBN HAYYAN : Emerging Brand of The Year. Kategori “PEOPLE CHOICE AWARD” oleh Majlis Dakwah Negara.

– THE WORLD BEST HALAL BRANDS 2021 by The BrandLaureate Award (Anugerah Jenama Halal Dunia 2021)

– THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR)

  • 2017 – Largest Participation In A ‘Korban’ Programme
    (34,190 Participants)
  • 2018 – Largest Participation In A ‘Korban’ Programme
    (41,885 Participants)
  • 2018 – Largest Participation For ‘Akikah’ Ceremony Organised In A Yearo 2019 – Largest Participation In A ‘Korban’ Programme
    (64,792 Participants)
  • 2019 – Largest Number Of Participants Registered In A ‘Korban’ Programme
  • 2019 – First ‘Akikah’ & ‘Korban’ Organization To Obtain MS ISO 9001:2015 (QUALITY MANAGEMENT SYSTEM)

UMUM

Kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah akikah sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA untuk menggalakkan umat islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah akikah.

AKIKAH LUAR NEGARA
Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara pembiak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

AKIKAH MALAYSIA
Malaysia bukanlah negara pembiak haiwan lembu dan kambing secara besar-besaran. Kebanyakan haiwan diimport dari luar negara. Itulah yang menyebabkan harganya lebih tinggi berbanding luar negara.

UMUM

Peserta tidak digalakkan memilih tempat pelaksanaan, kecuali bagi pakej Akikah Lokal (Malaysia).

Tempat pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut pakej yang dipilih oleh peserta dan keperluan setiap tempat. Ini bagi mengelakkan berlaku lambakan haiwan sembelihan.

Kebiasaannya kami akan melaksanakan akikah di negara-negara berkenaan, antaranya di Kemboja, India, Indonesia, Chad, Kenya, Uganda, Burkina Faso, Palestin, Arab Saudi dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh).

UMUM

Tiada. Kami hanya menyediakan perkhidmatan sembelihan akikah sahaja di dalam dan luar negara.

UMUM

Boleh, tetapi ada penambahan harga (mengikut berat yang ditambah).
Caj tambahan RM50/kg. dikenakan untuk penambahan berat.

EZ Qurban perlu merujuk ladang untuk mengesahkan stok kambing seperti berat saiz yang diminta.

UMUM

EZ Qurban tiada ladang ternakan sendiri. Tetapi kami mendapatkan kambing dari pembekal tempatan sama ada di dalam dan luar negara.

Pendaftaran

UMUM

Kami menyediakan 2 cara pendaftaran iaitu offline dan online.
1. Offline :Kaunter Akad di Pejabat EZ Qurban
2. Online : Website, Facebook, Whatsapp, Faks, Pos, Emel, SMS & MMS.

UMUM

Kami tidak menyediakan perkhidmatan pendaftaran di lokasi pelanggan (Door to Door).

UMUM

Kami menyediakan cara pembayaran seperti berikut:

PENDAFTARAN DI KAUNTER
1. Wang Tunai RM
2. Kad Debit / Kredit
3. Transfer / Internet Banking
4. QR Code
5. Cheque

PENDAFTARAN ONLINE
1. FPX – Billplz (Personal / Business Account)
2. Transfer / Internet Banking
3. Cash Deposit Machine (CDM)
4. Kad Debit / Kredit
5. Wang Pos
6. Cheque

UMUM

Pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh permintaan.

Akad

UMUM

Ada, kami menyediakan skrip lafaz akad di setiap medium pendaftaran.

UMUM

Ya, memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual sama ada secara lafaz ataupun melalui tulisan.

UMUM

Boleh datang ke kaunter akad di Pejabat EZ Qurban.
Atau melalui panggilan telefon di talian tetap EZ Qurban: 03-61861911.

UMUM

Boleh, wakil peserta juga boleh membuat akad.

UMUM

EZ Qurban tidak melantik mana-mana ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran.

Operasi Pelaksanaan

PERMINTAAN

Akikah permintaan akan dilaksanakan mengikut tarikh yang dipilih oleh pelanggan.

KAMBING

Akikah kambing akan dilaksanakan dalam tempoh maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.

LEMBU

Akikah lembu akan dilaksanakan setelah cukup 7 bahagian lembu dan maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.

RAMADHAN

Akikah Ramadan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.

UMUM

Semua pendaftaran akikah bermula 1 Rejab akan dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadan. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

 

MUSIM KORBAN

PENDAFTARAN : Dibuka seperti biasa untuk semua jenis Akikah termasuk Nazar & Sedekah.
PELAKSANAAN :

  1. Akikah Mekah & Ekonomi : Dilaksanakan bermula 24 Zulhijjah (Termasuk Permintaan)
  2. Akikah Premium, Lokal : Dilaksanakan bermula 20 Zulhijjah kecuali Permintaan akan dijalankan mengikut tarikh yang didaftarkan.
  3.  Nazar & Sedekah : Dilaksanakan bermula 20 Zulhijjah kecuali Permintaan akan dijalankan mengikut tarikh yang didaftarkan.

HUKUM DAN PENGURUSAN

Daging akikah sunat dimasak. Berbeza dengan ibadah korban yang mana dagingnya diagihkan secara mentah.

Tetapi di EZ Qurban, tidak semua daging akikah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penerima.

 

DALIL

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Sunat daging akikah itu dimasak manis kerana mengambil sempena dengan manis (elok) perangai kanak-kanak”.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi / MS 82 : Edisi Rumi)

MALAYSIA

Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di lokasi pelaksanaan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh EZ Qurban. Dan pihak kami juga akan menghantar urus setia ke lokasi tersebut untuk memantau segala proses pelaksanaan.

 

LUAR NEGARA

Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di negara pelaksanaan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh EZ Qurban. Dan pihak kami juga akan menghantar urus setia ke luar negara untuk memantau segala proses pelaksanaan.

UMUM

Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di luar negara mengikut SOP sembelihan yang telah ditetapkan oleh EZ Qurban dan SOP keselamatan di negara tersebut.

Untuk makluman pada ketika ini, semua urusan pembelian haiwan, sembelihan, agihan dan laporan diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara dengan pemantauan penuh dari jarak jauh oleh pihak EZ Qurban.

Bukti Pelaksanaan

UMUM

Ya, peserta akan menerima bukti pelaksanaan dalam bentuk video atau gambar yang akan dihantar melalui email yang telah didaftarkan.

UMUM

Ya. Pihak kami akan menyediakan laporan pelaksanaan dalam bentuk e-sijil yang akan dihantar melalui email yang didaftarkan.

UMUM

Ya. Peserta akan menerima sijil ukiran kayu premium secara percuma jika mengambil pakej Akikah Lokal & Akikah Premium.

Bagi pendaftar yang memilih pakej Akikah Ekonomi & Akikah Mekah, peserta hanya akan menerima e-sijil yang akan dihantar melalui emel.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Sijil Ukiran Kayu Premium, pendaftar perlu membuat bayaran tambahan RM20 (termasuk pos) untuk setiap peserta.

UMUM

E-SIJIL
SEMUA PAKEJ AKIKAH (TERMASUK PERMINTAAN)
Maksimum 3 hari selepas selesai sembelihan akikah kecuali untuk Akikah Ramadan dan Musim Korban.

SIJIL KAYU
Sijil Ukiran Kayu Premium akan diposkan kepada alamat pendaftar dalam tempoh 30 hari selepas selesai pelaksanaan.

Pakej Tambahan

UMUM

Hadiah Bantal Eksklusif Babypian akan diposkan kepada alamat pendaftar dalam tempoh 30 hari selepas selesai pelaksanaan.

UMUM

Tak boleh, kerana kami hanya menawarkan sijil kayu ke atas nama peserta (terkini) yang telah didaftarkan.

UMUM

Tak boleh, kerana kami hanya menawarkan sijil kayu ke atas nama peserta (terkini) yang telah didaftarkan.

UMUM

Tidak boleh. Setakat ini harga yang ditawarkan hanya untuk pakej akikah sahaja kerana haiwan korban akan dibeli pada musim korban nanti.

UMUM

AKIKAH RM590 adalah harga pakej, ianya termasuk laporan lengkap video sembelihan, manakala KORBAN RM580 adalah bukti umum sahaja.

Nazar

UMUM

Harga Kambing : RM580/Per Ekor
Harga Lembu: RM2240/Per Ekor
Dan tiada bahagian lembu untuk pendaftaran nazar.

Ada sebarang soalan lain?

Jika anda tidak jumpa persoalan dan jawapan yang anda inginkan,
boleh terus hubungi kami. Kami akan memberi maklum balas secepat mungkin.