F.A.Q

Inginkan jawapan untuk pertanyaan anda?
Sini semuanya ada.

Pilih kategori untuk memudahkan anda mencari jawapan.

Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas (melaksanakannya) pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.

Tidak. Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan & Husain R.Anhuma.

Kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat meng-aqiqah-kan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh mengaqiqahkan anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya.

Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri).

  • Menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga sempena kelahiran bayi.
  • Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka.
  • Mensyukuri nikmat mendapat zuriat daripada darah daging sendiri.
  • Bayi selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.
  • Menghindari bayi daripada terkena penyakit.
  • Menghindari anak daripada gangguan syaitan.
  • Mampu menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak.
  • Menghidupkan sunnah Nabi SAW ketika menyambut kelahiran bayi.
  • Menghindari amalan bida’ah seperti lenggang perut dan baby shower atau amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

 

PELAKSANAAN AQIQAH DI BULAN RAMADAN

  • Digandakan pahala melakukan kebaikan.
  • Pahala memberi makan orang berbuka puasa.

Sunat menyembelih aqiqah dengan haiwan kambing.

  • Lelaki – 2 ekor kambing.
  • Perempuan – 1 ekor kambing.

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Boleh, bahkan Rasulullah SAW mengaqiqahkan kedua cucunya Hassan & Hussain R.Anhuma masing-masing.

Boleh. Lebih banyak haiwan aqiqah yang disembelih, maka lebih besar ganjarannya kerana lebih ramai yang menerima manfaatnya

Tiada dalil yang melarang untuk melaksanakan aqiqah dengan bahagian lembu, namun kami di EZQ tiada melaksanakan aqiqah dengan bahagian lembu, hanya aqiqah dengan kambing sahaja.

 

  • KENAPA EZQ TAK BUAT AQIQAH DENGAN BAHAGIAN LEMBU?

Setakat ini kami tidak menyediakan perkhidmatan sembelihan aqiqah dengan bahagian lembu.

 

  • KALAU EZQ TAK BUAT AQIQAH DENGAN BAHAGIAN LEMBU, BOLEHKAH MELAKSANAKAN AQIQAH DENGAN SEEKOR LEMBU?

Boleh melaksanakan aqiqah dengan seekor lembu tetapi hanya untuk 1 nama sahaja. (EZQ tidak menerima tempahan aqiqah untuk seekor lembu lebih dari 1 nama).

Daging aqiqah sunat dimasak. Berbeza dengan ibadah Korban yang mana dagingnya diagihkan secara mentah.

 

Tetapi di EZQ, tidak semua daging aqiqah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penduduk tempatan supaya lebih ramai menerima agihan daging tersebut.

Harus melaksanakan aqiqah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang.

 

Hukum melaksanakannya harus semata-mata, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Info Pengurusan

EZ Qurban melaksanakan Ibadah Aqiqah di dalam dan di luar negara. Selain di Malaysia, antara negara-negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, (AFRIKA) Mali, Chad, Kenya, Somalia, Tanzania dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh) & Dadaab (Somalia-Kenya).

 

AQIQAH MALAYSIA

Sembelihan Aqiqah dilaksanakan di Ladang Colla Cattle di Kuala Selangor.

Kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah aqiqah samada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA demi untuk menggalakkan umat islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah aqiqah.

EZ Qurban berpengalaman selama 14 tahun menguruskan pelaksanaan ibadah aqiqah dan aqiqah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint. Kami merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.

 

Selain itu, kami juga telah banyak bekerjasama dengan institusi perbankan (Bank Rakyat & BSN),  pendidikan (program CSR), yayasan, koperasi, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya. Kami juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dari stesen radio seperti Ikim, stesen TV seperti Astro Awani, TV Al-Hijrah, RTM, Media Prima & dan Bernama TV, dan media elektronik seperti Astro Awani, Harian Metro, Utusan Malaysia & Sinar Harian yang mana mereka juga turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan.

Kedua-duanya. Cuma kebiasaanya kami akan menyembelih akikah dengan kambing jantan.

Tambahan : Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada aqiqah itu sah atau tidak.

Saiz haiwan kambing mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diaqiqahkan iaitu:

  • Cukup usia bagi haiwan kambing – 2 tahun.
  • Kambing biri-biri: usia 8 bulan – setahun @ sudah bersalin gigi)
  • Tidak cacat & tidak berpenyakit.

AQIQAH LUAR NEGARA

Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara penternak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Selepas pendaftaran, pelaksanaan aqiqah akan dilakukan dan sijil pengesahan akan diposkan atau diemail (E-Cert) kepada pelanggan dalam masa 20 hari (termasuk cuti umum).

 

AQIQAH RAMADHAN:

Semua pendaftaran aqiqah bermula 1 Rejab akan dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadhan. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

 

AQIQAH MUSIM KORBAN:

Semua pendaftaran aqiqah bermula 1 Zulhijjah akan dilaksanakan selepas selesai musim korban. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

Ya memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang online EZ Qurban.

EZ Qurban tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan atau ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran Aqiqah.

Kami telah berhubung dengan wakil pelaksanaan di luar negara dan mereka memberi maklum balas bahawa di sana masih boleh melakukan sembelihan aqiqah. Untuk makluman, pada ketika ini, semua urusan pembelian kambing, sembelihan, agihan dan laporan dalam bentuk video diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara.

Ada sebarang soalan lain?

Jika anda tidak jumpa persoalan dan jawapan yang anda inginkan,
boleh terus hubungi kami. Kami akan memberi maklum balas secepat mungkin.