LATAR BELAKANG PENUBUHAN

 

EZ Qurban Sdn Bhd (768010-D) mula ditubuhkan pada 3 April 2007. Beroperasi di alamat No. 79 & 80, Jalan 3, Pusat Niaga Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

EZ Qurban Sdn Bhd (EZQ) merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Korban dan Akikah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti Fidyah, Derma dan Wakaf. EZQ berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dalam pelaksanaan ibadah akikah dan korban agar lebih mudah dan cepat. EZQ beriltizam untuk menjadi  satu jenama perkhidmatan akikah dan korban yang diyakini dan profesional disamping dapat membantu umat Islam luar negara yang lebih memerlukan.

Antara negara perlaksanaan korban dan akikah adalah Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina, India, Indonesia, Sri Lanka, Mali, Chad, Kenya, Malawi dan termasuk juga di Kem Pelarian Rohingya serta Palestin (harga berbeza). Manakala, bagi ibadah lain seperti fidyah, wakaf dan derma diagihkan sama ada dalam Malaysia atau ke negara-negara perlaksanaan korban dan akikah EZQ bergantung kepada keperluan semasa.

 

VISI

Peneraju perkhidmatan akikah dan korban yang profesional, mudah dan jenama yang diyakini oleh rakyat Malaysia dan antarabangsa.

 

MISI

Memupuk kesedaran kepada umat Islam khususnya di Malaysia melaksanakan ibadah akikah dan korban sebagai amalan yang sangat dituntut (sunat muakkad).

 

Objektif Jangka Panjang

 

Mudah dan murah; memastikan cara dan harga untuk penyertaan ibadah akikah dan korban mampu untuk disertai oleh kebanyakan masyarakat

Prihatin ummah; memberi peluang kepada masyarakat menunaikan tuntutan ibadah akikah dan korban disamping membantu umat Islam yang lebih memerlukan di seluruh dunia

Kesedaran; menyampaikan ilmu untuk meningkatkan kesedaran umat islam di Malaysia terhadap kelebihan melaksanakan ibadah akikah dan korban

Jenama yang diyakini; menjadikan EZQ sebagai satu jenama yang dipercayai oleh umat Islam di Malaysia seterusnya di persada antarabangsa

Profesional dan berkualiti; kami komited sepenuhnya dalam menerapkan budaya kerja yang berkualiti dan profesional dalam membantu pelanggan-pelanggan kami serta berpegang teguh atas landasan syariat Islam

 

Slogan

‘Keutamaan Untuk Anda, Keperluan Untuk Ummah’

 

 ‘Keutamaan Untuk Anda…’

  • Melaksanakan tuntutan agama

Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda di dalam hadith yang bermaksud :

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.” 

                                                                                     (Hadith riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

  • Menambah amal kebajikan

Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan hadith yang bermaksud : “Para sahabat Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

  • Sebagai kaffarah (penebus dosa)

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada  Saidatina Fatimah r.a. dalam hadith yang bermaksud :

“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adalah khas untuk kitaAhlil Bait sahaja atau untuk dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya.”

                                                                                      (Hadith riwayat al-Hakim (4/222) sanad sahih)

‘…Keperluan Untuk Ummah’

Kesyumulan Islam yang merupakan rahmat ke seluruh alam, memperlihatkan hikmah yang ada disebalik ibadah korban. Terdapat beberapa hikmah di dalam pelaksanaan Korban dan Akikah yang memenuhi keperluan ummah sepertimana berikut :

  • Membudayakan syiar Islam dalam kehidupan dengan menunaikan Korban dan Akikah.
  • Memberi kemudahan kepada umat islam khususnya di Malaysia dalam pelaksanaan ibadah Korban dan Akikah.
  • Daging-daging sembelihan dari pelaksanaan Korban dan Akikah dapat dirasai oleh mereka yang lebih memerlukan.
  • Mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam walaupun berlainan etnik, bangsa dan negara.
  • Menimbulkan rasa insaf dan sedar dalam kalangan umat Islam bahawa mereka sentiasa diberi perhatian oleh saudara seagama mereka.
  • Kita menjadi ‘payung’ kepada umat Islam yang lebih memerlukan di negara-negara lain.