Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.DSC_0025

Ibadah korban merupakan satu syariat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak dari generasi manusia pertama. Pensyariatan ibadah korban bermula seiring dengan ibadah haji. Oleh itu, adalah sesuatu yang pastinya memberikan ganjaran yang besar apabila ianya dikekalkan hingga ke akhir zaman dan menjadi suatu ibadat keutamaan dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w walaupun pendekatan pelaksanaannya masa kini adalah berbeza daripada umat terdahulu.

EZ Qurban Sdn Bhd (EZQ) merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Korban dan Akikah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti Fidyah, Derma dan Wakaf. EZQ berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya untuk menyempurnakan pelaksanaan ibadah-ibadah berikut dengan lebih mudah, cepat dan diyakini di negara-negara yang mana terdapat umat islam yang lebih memerlukan.

EZQ mensasarkan sebahagian besar pelaksanaan Ibadah Korban dan Akikah ini dibuat di negara-negara di mana penduduk Islamnya berada dalam keadaan serba kekurangan dan perlu diberikan perhatian. Alhamdulillah, sehingga ke tahun 2016 kami telah berjaya melaksanakan ibadah korban & akikah di 16 buah negara iaitu Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina, India, Indonesia, Sri Lanka, Mali, Chad, Kenya, Malawi dan termasuk juga di Kem Pelarian Rohingya serta Palestin. Semoga suatu masa nanti, EZQ bakal melebarkan sayapnya ke negara-negara lain yang masih memerlukan perhatian umat islam sejagat.

Kejayaan EZQ hari ini berkat sokongan berterusan daripada peserta-peserta yang menyertai ibadah korban & akikah bersama kami dan komitmen yang tinggi diberikan oleh kakitangan EZQ. Semoga penyertaan ikhlas ibadah-ibadah dan komitmen daripada tuan/puan mendapat keutamaan (fadhilat) daripada Allah s.w.t. disamping memenuhi keperluan ummat Islam.

Wassalam.

 

MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS BIN TOHARUDIN

PENGURUS EZ QURBAN SDN BHD

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.