Syarat perkhidmatan dan dasar privasi

 

EZQurban SDN BHD tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Dasar Privasi

PRIVASI ANDA

Muka surat ini menerangkan dasar privasi kami termasuklah kegunaan dan perlindungan daripada semua maklumat yang dimasukkan oleh pelawat. Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurus niaga dengan menggunakan Gerbang kami ataupun menghantar emel yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini tidak akan di kongsi pada mana mana  pihak lain

COOKIES

Sesetengah laman web (termasuklah gerbang kami) menghasilkan ‘cookies’, yang dikumpulkan oleh pelayan laman web bagi membolehkan ianya mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. ‘Cookies’ ini tidak menyimpan data-data anda secara kekal dan ianya juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. ‘Cookies’ akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda

MAKLUMAT LOG

Apabila anda mengekses gerbang EZQurban.org , pelayan web kami akan secara automatik merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar setiap kali anda melayari satu-satu laman web. Log pelayan ini termasuklah maklumat seperti permintaan web, alamat Protokol Internet, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih ‘cookies’ yang secara uniknya mengenalpasti pelayar anda.

PERLINDUNGAN DATA

Teknologi terkini termasuklah perisian enkripsi digunakan untuk melindungi apa jua data yang diberikan kepada kami dan standard keselamatan yang ketat juga dikekalkan untuk mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan.

MAKLUMAT TERKUMPUL

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari gerbang EZQurban kecuali maklumat yang diberikan kepada anda melalui emel, di mana ianya adalah di bahagian Gerbang yang dijamin selamat

PERTUKARAN POLISI

Jika terdapat sebarang pertukaran pada dasar privasi, ianya akan dikemaskinikan di laman web ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat mana yang disimpan, bagaimana dan bila ianya digunakan dan jika ada, adakah ianya dikongsikan bersama pihak lain.