Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

AQIQAH

Aqiqah bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu dengan tujuan tanda syukur kita di atas kelahiran anak.

Aqiqah pada asalnya bermaksud membuang segala kotoran di kepala bayi.

Ibadah akikah merupakan sunnah yang dituntut oleh Rasulullah SAW apabila seseorang itu menerima cahaya mata.

Aqiqah yang paling terbaik dilakukan pada hari ke-7 iaitu menyembelih haiwan, memberikan nama anak dan mencukurkan kepalanya.

Ibadah akikah yang paling baik ialah dengan melakukan sembelihan haiwan di tempat sendiri diikuti dengan memasak daging akikah tersebut untuk dijamu kepada orang ramai.

Ibadah akikah tidak tertakluk hanya perlu dilakukan sembelihan pada hari ke-7 sahaja, bahkan ianya masih lagi menjadi tanggungjawab ibubapa kepada anak tersebut selagi ianya tidak dilaksanakan sehinggalah anak itu mencapai umur akil baligh.

Ibadah akikah cukuplah dilakukan hanya sekali dalam seumur hidup adapun tiada halangan untuk dilakukan lebih dari sekali.

Rasulullah S.A.W. mensyariatkan untuk melaksanakan akikah 2 ekor kambing untuk bayi lelaki & 1 ekor kambing untuk bayi perempuan. Jika kurang berkemampuan memadai hanya melaksanakan akikah dengan seekor kambing.

Jika tidak berkemampuan untuk melakukan akikah sendiri, janganlah ibadah ini ditinggalkan secara terus kerana kita sendiri yang akan merasa rugi atas kelebihan yang Allah berikan dari pelaksanaan akikah tersebut.

 

Wallahua’lam

JOM Daftar Aqiqah Bersama EZQURBAN SDN BHD

Daftar Aqiqah

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.