Perkhidmatan Korban

  • Pendaftaran dibuka sepanjang tahun dan pelaksanaannya hanya pada hari raya Eidul Adha dan tiga hari Tasyrik.
  • Terdapat 3 kategori korban :
    • Korban Biasa: Khusus untuk individu yang ingin melaksanakan korban. Para peserta tidak boleh memohon untuk perlaksanaan Ibadah Korban pada tarikh/hari/tempat tertentu, sebaliknya ia ditentukan oleh pihak pengurusan EZQ.
    • Korban Nazar: Khusus untuk individu yang bernazar untuk melaksanakan korban. Para peserta tidak boleh memohon untuk perlaksanaan Ibadah Korban pada tarikh/hari/tempat tertentu, sebaliknya ia ditentukan oleh pihak pengurusan EZQ.
    • Korban Kembara: Khusus untuk individu yang ingin melaksanakan korban dan mengikuti rombongan Kembara Korban yang dianjurkan oleh pihak EZQ dengan kerjasama EZ Kembara Sdn. Bhd. Para peserta boleh memilih untuk mengikuti kembara korban yang dianjurkan oleh pihak kami dan boleh melihat sendiri pelaksanaannya di negara tersebut.
  • Pelaksanaan ibadah korban melalui EZQ boleh dipilih sama ada dengan kambing dan lembu (ekor/bahagian lembu).