Program Korban di Malaysia Bersama EZ Qurban

Hanya RM650 Satu Bahagian,

Pendaftaran akan ditutup pada 12 Julai 2020.

Buat julung kalinya, EZ Qurban akan menganjurkan Program Pelaksanaan Korban di Malaysia.

Sembelihan dan agihan akan dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan EZ Prihatin.

Agihan akan memfokuskan golongan yang memerlukan termasuk asnaf di sekitar negeri Selangor.

Saksikan wakil kami yang melakukan tinjauan keatas lembu-lembu yang bakal dikorbankan nanti.

Ibadah korban merupakan ibadah yang amat dituntut. Hukumnya seperti yang kita sedia maklum adalah sunat muakkad.

Walaupun hukum melaksanakannya diluar negara adalah harus (menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-66), para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah bersepakat bahawa sebaik-baik ibadah korban adalah ditempat sendiri.

Untuk tahun ini, kami di EZ Qurban mensasarkan untuk melaksanakan 200 ekor lembu untuk diagihkan oleh Yayasan EZ Prihatin kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan asnaf di sekitar negeri Selangor.

Hanya RM650 untuk satu bahagian lembu!

Untuk menyertai Program Korban di Luar Negara, sila klik sini

Wakil EZ Qurban telah memeriksa lembu-lembu yang bakal dikorbankan nanti.

Kenapa Laksanakan Korban dengan EZ Qurban?

Mudah

Hanya daftar sebelum 12 Julai 2020.

EZ Qurban melalui Yayasan EZ Prihatin akan uruskan semuanya daripada proses memilih lembu sehingga agihan.

Mampu

Kami menawarkan harga 'mampu korban' untuk pasaran tempatan.

Hanya RM650 untuk satu bahagian lembu.

Dipercayai

EZ Qurban adalah organisasi kepercayaan rakyat Malaysia dalam pelaksanaan Korban dan Aqiqah sejak tahun 2007.

Sijil Pengesahan Pelaksanaan juga akan dipos kepada semua peserta (e-esijil akan dihantar melalui emel)

Siapa EZ Qurban?

EZ Qurban Sdn. Bhd. (768010-D) yang memulakan operasi pada 3 April 2007 adalah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan pelaksanaan Aqiqah dan Korban di luar negara.

Pada Februari 2020, EZ Qurban telah memperbaharui rekod sendiri dalam “Largest Participation In a Korban Programme” (Penyertaan Tertinggi dalam Program Ibadah Korban) oleh The Malaysia Book Of Records.

Dalam majlis yang sama, EZ Qurban turut menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2015 (Quality Management System)

Rakan Kerjasama Pelaksana: Yayasan EZ Prihatin

Yayasan EZ Prihatin (YEZP) ditubuhkan pada 21.08.2019 berpusat di Gombak, Selangor.

Fokus YEZP adalah membantu golongan asnaf seperti fakir miskin, muallaf, ibu tunggal, serta institusi kebajikan melalui penganjuran program-program berbentuk pembangunan ekonomi. 

YEZP tidak hanya memberi bantuan secara one-off tetapi menyediakan platform untuk memberdaya ekonomi golongan sasar ini.

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan EZ Prihatin.

Berminat untuk mendaftar?

Pendaftaran akan ditutup pada 12 Julai ini untuk memudahkan proses tempahan lembu dan perancangan proses agihan.

Hanya RM650/bahagian lembu.

Klik daftar sekarang untuk daftar melalui web atau boleh WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan.

F.A.Q

  1. Demi mematuhi SOP dan menyekat penularan wabak covid-19, wakil pelaksanaan kami akan melakukan sembelihan & agihan di tempat yang telah ditetapkan dengan tidak melebihi 250 orang dalam satu-satu masa.

    1. Kami mengagihkan kesemua daging sembelihan kepada golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat setempat di sekitar negeri Selangor, termasuk asnaf.

  1. Pelaksanaan korban di dalam Malaysia diuruskan 100% oleh rakan kerjasama kami iaitu Yayasan EZ Prihatin.

  1. Boleh. Tetapi, tuan/puan perlu hadir ke lokasi sembelihan yang telah kami tetapkan. Lokasi sembelihan akan dimaklumkan kepada peserta 3 hari sebelum hari raya Aidil Adha.

  1. Boleh. Tetapi, tuan/puan perlu hadir ke lokasi sembelihan yang telah kami tetapkan. Lokasi sembelihan akan dimaklumkan kepada peserta 3 hari sebelum hari raya Aidil Adha.

  1. Boleh. Tetapi, tuan/puan perlu hadir ke lokasi sembelihan yang telah kami tetapkan. Lokasi sembelihan akan dimaklumkan kepada peserta 3 hari sebelum hari raya Aidil Adha.

    1. Tambahan: Untuk makluman, kami menghadkan bahagian daging korban untuk seorang peserta hanya sebanyak 5kg sahaja.

  1. Kerana itu adalah kadar yang ‘reasonable’ untuk peserta terima. Selebihnya adalah di bawah pengurusan Yayasan Ez Prihatin yang telah menetapkan senarai penerima-penerima agihan korban tersebut.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan gambar sembelihan korban secara individu (khusus), namun kami tetap menyediakan gambar secara umum sebagai laporan pelaksanaan korban kami. Dan gambar tersebut akan dikemaskini di Facebook EZ Qurban Sdn Bhd.

  1. Satu(1) Bahagian Lembu : RM 650.00 (termasuk caj perkhidmatan) Satu(1) Ekor Lembu : RM 4,550.00 (termasuk caj perkhidmatan) Caj Perkhidmatan : RM 10.00/bahagian

  1. Boleh jika penyertaan masih belum disahkan. Jika nama peserta telah dimasukkan dalam senarai serahan ke luar negara, ianya agak sukar untuk membuat penukaran.

  1. Tempoh pendaftaran korban di Malaysia sehingga 12 JULAI 2020.

BERAT: 220-260KG

GRED: B & C
JENIS: Brahman Cross & KK Cross

  1. Kami hanya menyediakan lembu korban sahaja. Tiada kambing korban setakat ini.