Perkhidmatan Aqiqah

  • Pendaftaran dan pelaksanaan akikah adalah sepanjang tahun.
  • Terdapat empat kategori akikah di EZQ :
    • Akikah Permintaan: Khusus untuk bayi yang baru dilahirkan. Para peserta boleh memohon untuk perlaksanaan Ibadah Akikah pada hari ke-7, 14 atau 21 selepas kelahiran bayi. Pelaksanaannya pada hari yang dikhususkan.
    • Akikah Biasa: khusus untuk bayi yang telah terlepas akikah permintaan/anak-anak yang telah besar/orang dewasa. Para peserta tidak boleh memohon untuk perlaksanaan Ibadah Akikah pada tarikh/hari/tempat tertentu, sebaliknya ia ditentukan oleh pihak pengurusan EZQ.
    • Akikah Ramadhan @ Program Prihatin Ummah: Khusus untuk mereka yang belum melaksanakan akikah dan akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Para peserta tidak boleh memohon untuk perlaksanaan Ibadah Akikah pada tarikh/hari/tempat tertentu, sebaliknya ia ditentukan oleh pihak pengurusan EZQ.
    • Akikah Nazar : Jika tiada tarikh yang dikhususkan, pihak kami akan melaksanakannya pada bila-bila masa dan jika telah dikhususkan tarikh oleh peserta ia akan diketegorikan sebagai akikah permintaan.
  • Akikah untuk anak lelaki sebaik-baiknya 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing.
  • Perlaksanaan Ibadah Aqiqah melalui EZQ hanya dengan kambing sahaja.