SOALAN LAZIM BERKAITAN PENGURUSAN EZQ

1. DI MANAKAH EZQ MELAKSANAKAN KORBAN?

EZQ melaksanakan ibadah korban di luar negara sahaja. Antara negara pelaksanaan adalah Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina, India, Indonesia, Sri Lanka, Mali, Chad, Kenya, Malawi dan termasuk juga di Kem Pelarian Rohingya.

2. KENAPA EZQ TIDAK MELAKSANAKAN KORBAN DI MALAYSIA?

Harga korban di Malaysia agak tinggi. Kami menawarkan harga korban yang lebih murah (affordable) bagi menggalakkan umat islam di Malaysia tidak terlepas menyertai ibadah korban.

3. SEJAUH MANAKAH KAMI BOLEH YAKIN DENGAN EZQ?

EZQ berpengalaman selama 9 tahun menguruskan ibadah korban dan akikah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint. Selain berjaya melaksanakan di banyak buah negara, kami pernah bekerjasama dengan media dari radio Ikim, stesen TV Al-Hijrah, TV9 dan Bernama TV yang turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan. Selain itu, kami sentiasa ke udara di radio Ikim setiap bulan.

4. ADAKAH EZQ ADA MELAKSANAKAN KORBAN UNTA?

Tiada. Kami hanya melaksanakan korban kambing dan lembu sahaja.

5. HAIWAN KORBAN JANTAN ATAU BETINA YANG DOKORBANKAN?

Kedua-duanya.

6. BERAPAKAH BERAT (SAIZ) HAIWAN KORBAN?

Saiz haiwan korban mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh dikorbankan iaitu:

  1. Cukup umur lebih dari 2 tahun.
  2. Tak cacat dan berpenyakit.

7. KENAPA HARGA HAIWAN KORBAN DI EZQ LEBIH MURAH?

Kebanyakkan negara pelaksanaan adalah negara pembiak haiwan ternakan. Harga haiwan ternakan di sana lebih murah dan akan lebih murah jika dibeli dalam jumlah yang banyak. Oleh itu kami membuka peluang untuk mereka yang kurang berkemampuan dari segi masa dan wang untuk merebut peluang menjalankan ibadah korban.

8. ADAKAH GAMBAR PELAKSANAAN KORBAN DISEDIAKAN?

Kami tidak menyediakan gambar sembelihan korban secara individu atas faktor kuantiti haiwan korban yang banyak dan tempoh pelaksanaan korban yang terhad. Jika tuan/puan ingin melihat gambar aktiviti program sembelihan boleh layari facebook kami fb: Ez Qurban Sdn Bhd. Kami akan cuba untuk mengemaskini gambar program-program sembelihan korban dari masa ke semasa.

9. DARI MANAKAH SUMBER HAIWAN KORBAN?

Haiwan korban didapati daripada negara pelaksanaan korban.

10. SIAPAKAH YANG MENGURUS DAN MEMANTAU KORBAN DI LUAR NEGARA?

Urusetia EZQ dan wakil EZQ (Badan-badan kebajikan, organisasi dan persendirian) yang dilantik di setiap negara.

11. DAGING KORBAN DIMASAK ATAU DIAGIH MENTAH?

Kebanyakkan daging korban akan diagihkan secara mentah. Jika ada keperluan untuk mengadakan majlis di masjid sebahagiannya akan dimasak untuk program.

12. BOLEHKAH NEGARA PELAKSANAAN DIPILIH OLEH PESERTA?

Tidak boleh. Negara pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan setiap negara.

13. SIAPAKAH YANG MEMASTIKAN HAIWAN KORBAN ITU CUKUP SYARAT?

Urusetia & Wakil EZQ di setiap negara pelaksanaan korban di luar negara.

14. ADAKAH EZQ MENGHANTAR WAKIL DARIPADA MALAYSIA KE LUAR NEGARA UNTUK PEMANTAUAN IBADAH KORBAN YANG DILAKSANAKAN?

Ya. EZQ ada menghantar urusetia daripada Malaysia ke setiap negara pelaksanaan korban.

15. BAGAIMANA EZQ MEMASTIKAN SETIAP SEMBELIHAN ITU MEMATUHI SYARIAH?

Kami melantik wakil-wakil yang berkelayakan dan berpengalaman dalam penyembelihan akikah dan korban. Pemantauan daripada pihak kami sendiri akan dijalankan secara berkala.

16. BILAKAH PESERTA AKAN MENERIMA SIJIL PELAKSANAAN KORBAN?

Sijil pelaksanaan akan diposkan dalam masa satu hingga dua bulan selepas pelaksanaan ibadah korban.

17. ADAKAH MEMADAI AKAD MELALUI BORANG/TELEFON SAHAJA?

Ya memadai. Yang penting adalah niat dan akad merupakan lafaz bagi niat sahaja.

18. APAKAH EZQ ADA MELANTIK MANA-MANA EJEN?

EZQ tidak pernah melantik mana2 ejen atau persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran korban. Akan tetapi EZQ ada berkerjasama dengan syarikat ZABEEH SERVICES SDN BHD dalam menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah.