Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.
Ibadah Korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hariraya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah
Syarat melaksanakan Ibadah korban adalah seperti berikut:
Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Korban wajib seperti;
Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.
Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibubapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.
Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.
Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.
Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat, agar ibadah korbannya menjadi sempurna
Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program korban. Akad perwakilan itu juga memadai dengan niat oleh peserta korban.
Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.
Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.
Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.
Boleh, bergantung kepada kemampuannya.
Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.
Ibadah Korban yang dilaksanakan di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri. Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.
Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.
Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas (melaksanakannya) pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.
Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.
Tidak. Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan & Husain R.Anhuma.
Kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.
Ibadah aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat meng-aqiqah-kan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya
Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh meng-aqiqah-kan anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya.
Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Nabi SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.
Sunat menyembelih 2 ekor kambing untuk Aqiqah bayi lelaki, dan seekor kambing untuk aqiqah bayi perempuan.
EZ Qurban tiada melaksanakan Aqiqah pada bahagian lembu, hanya Aqiqah pada haiwan kambing sahaja.
Daging aqiqah sunat dimasak terlebih dahulu untuk dimakan bersama. Ini bermaksud daging tersebut tidak diagihkan secara mentah, sepertimana yang dilakukan terhadap daging Qurban.
Tetapi di EZ Qurban, tidak semua daging aqiqah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penduduk tempatan supaya lebih ramai menerima agihan daging aqiqah tersebut.
Boleh, jika tidak mampu melaksanakan Aqiqah dengan 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan aqiqah tersebut pada masa yang lain.
Harus melaksanakan aqiqah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang. Hukum melaksanakannya harus semata-mata, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan Aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi.
EZ Qurban melaksanakan ibadah akikah 100% di luar negara. Antara negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, (AFRIKA) Mali, Chad, Kenya, Somalia, Tanzania dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh) & Dadaab (Somalia-Kenya).
Kami menawarkan harga perkhidmatan ibadah akikah yang MAMPU BAYAR demi untuk menggalakkan umat islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah akikah.
EZ Qurban berpengalaman selama 12 tahun menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan Akikah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint.
Selain itu, kami juga telah banyak bekerjasama dengan institusi pendidikan, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya. Kami juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dari stesen radio seperti Ikim, Best.fm (Johor), stesen TV seperti TV Al-Hijrah, RTM, TV9 & dan Bernama TV, dan media cetak seperti Harian Metro, Utusan Malaysia & Sinar Harian yang mana mereka juga turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan.
Tambahan : Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada akikah itu sah atau tidak.
Saiz haiwan kambing mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
Jawapan: Kami mampu menawarkan harga akikah yang lebih rendah kerana pelaksanaannya dilakukan di negara-negara pengeluar / pembekal haiwan ternakan, dan ianya dibeli dengan kuantiti haiwan yang banyak.
Kami tidak menyediakan perkhidmatan gambar sembelihan akikah secara individu atas faktor kuantiti haiwan akikah yang banyak. Jika tuan/puan ingin melihat gambar aktiviti program sembelihan akikah boleh layari facebook kami FB: Ez Qurban Sdn Bhd. Kami akan cuba untuk mengemaskini gambar program-program sembelihan korban & akikah dari semasa ke semasa
Kakitangan & urusetia EZ Qurban sendiri bersama wakil dari luar negara yang telah dilantik secara rasmi untuk menguruskan pelaksanaan akikah di luar negara. Segala proses pelaksanaan bermula daripada pemilihan haiwan akikah, sembelihan dan agihan adalah sentiasa dipantai oleh pegawai kami yang berpengalaman dan berkelayakan.
Kebiasaannya daging akikah akan diagihkan secara mentah. Jika ada keperluan untuk menganjurkan sesuatu program, maka sebahagian daging tersebut akan dimasak.
Peserta tak digalakkan memilih negara pelaksanaan. Setiap pendaftaran akan masuk ke dalam sistem dan negara pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan setiap negara.
Sijil pengesahan akikah akan diposkan dalam masa satu hingga ke dua bulan selepas selesai pelaksanaan ibadah akikah, kerana tempoh tersebut adalah tempoh proses untuk melengkapkan segala laporan pelaksanaan ibadah akikah yang kami terima daripada 30 buah negara pelaksanaan.
Ya memadai. Yang penting adalah niat dan transaksi yang berlaku, dan akad melalui bacaan boleh didapati di borang pendaftaran dan akad melalui lafaz boleh dibuat melalui telefon.
EZ Qurban tidak pernah melantik mana2 ejen atau persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran korban & akikah. Akan tetapi EZ Qurban telah berkerjasama dengan syarikat ZABEEH SERVICES SDN BHD dalam menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan akikah.
Ya. EZQ ada menghantar beberapa urusetia daripada Malaysia ke beberapa buah negara pelaksanaan.
Kami melantik wakil-wakil yang berkelayakan dan berpengalaman dalam memantau penyembelihan akikah dan korban. Pemantauan daripada pihak kami sendiri akan dijalankan secara berkala.
Sijil pelaksanaan akan diposkan dalam masa satu hingga dua bulan selepas pelaksanaan ibadah korban.
Ya memadai. Yang penting adalah niat dan akad merupakan lafaz bagi niat sahaja.
EZQ tidak pernah melantik mana2 ejen atau persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran korban. Akan tetapi EZQ ada berkerjasama dengan syarikat ZABEEH SERVICES SDN BHD dalam menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah.
Alhamdulillah Selepas semua korban telah selesai dilaksanakan.. kami masih menunggu laporan dari kesemua wakil kami.. insha Allah dalam tempoh 3-4 minggu. Kesemua status pelaksanaan akan di update di website kami. ini kerana kebanyakan Wakil-wakil kami mendapat kesukaran perkhidmat internet jadi mereka harus ke kawasan bandar untuk menghantar laporan kepada pihak kami.
kami meminta maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Ada, tetapi no. whatsapp ini hanya untuk kegunaan tertentu / terhad sahaja.
EZQ berpengalaman selama 9 tahun menguruskan ibadah korban dan akikah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint. Selain berjaya melaksanakan di banyak buah negara, kami pernah bekerjasama dengan media dari radio Ikim, stesen TV Al-Hijrah, TV9 dan Bernama TV yang turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan. Selain itu, kami sentiasa ke udara di radio Ikim setiap bulan.
Updated 08 Julai 2019
Website developed and design by Fariq
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.