Sebarang kerjasama korporat akan diuruskan oleh anak syarikat EZ Qurban iaitu EZ Qurban Ventures Sdn Bhd.
EZ QURBAN VENTURES SDN BHD
EZ Qurban Ventures Sdn Bhd (EZQV) ditubuhkan pada 21 September 2020 bertujuan menguruskan kerjasama korporat antara EZ Qurban dan Rakan Strategik sama ada berlatarbelakangkan organisasi, syarikat dan koperasi khususnya dalam perkhidmatan Ibadah Korban dan Akikah.
EZQV berperanan menguruskan pelaksanaan Korban dan Akikah Rakan Strategik dengan lebih sistematik bermula dari proses penerimaan pendaftaran sehingga laporan perlaksanaan. EZQV berhasrat memastikan kerjasama korporat yang terjalin dapat mencapai matlamat bagi memastikan kepuasan antara kedua-dua pihak.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : " مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ "
Sabda Nabi SAW : “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”
Hadis Riwayat Muslim (1893)
Melalui kerjasama korporat ini, kami memperkenalkan Application Programming Interface (API) pertama di dunia untuk perkhidmatan Korban dan Akikah. API ini dibangunkan bertujuan melancarkan integrasi dan mempercekapkan lagi operasi. Solusi ini membolehkan rakan korporat kami memperluas dan memperkemas perkhidmatan Korban dan Akikah mereka.
Bagi rakan korporat yang tidak memerlukan integrasi API, borang dalam talian yang mesra pengguna turut disediakan untuk kemudahan anda.
RAKAN STRATEGIK

Hubungi Kami 🤝
Sekiranya anda berminat untuk menjadi Rakan Strategik kami, sila hantarkan butiran anda kepada kami dengan klik butang di bawah:
Nombor WhatsApp: 0132376000 / E-mel: venture@ezqurban.org