Latar Belakang

Kenali lebih mendalam mengenai kami.

EZ Qurban Sdn Bhd (768010-D) mula ditubuhkan pada 3 April 2007 dan beroperasi di alamat No. 79 & 80, Jalan 3, Pusat Niaga Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

EZ Qurban Sdn Bhd (EZQ) merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti Fidyah, Derma dan Wakaf. EZQ berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dalam pelaksanaan ibadah aqiqah dan korban agar lebih mudah dan cepat. EZQ beriltizam untuk menjadi satu jenama perkhidmatan aqiqah dan korban yang diyakini dan profesional disamping dapat membantu umat Islam luar negara yang lebih memerlukan.

 

Antara negara perlaksanaan korban dan aqiqah adalah Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina, India, Indonesia, Sri Lanka, Mali, Chad, Kenya, Malawi dan termasuk juga di Kem Pelarian Rohingya serta Palestin (harga berbeza). Manakala, bagi ibadah lain seperti fidyah, wakaf dan derma diagihkan sama ada dalam Malaysia atau ke negara-negara perlaksanaan korban dan aqiqah EZQ bergantung kepada keperluan semasa.

binocular

Visi

Mencapai 200,000 orang
“Jemaah Korban dan Akikah” menjelang 2025.

target

Misi

  • Menjadi “ejen kesedaran” Ibadah Korban dan Akikah
  • Menubuhkan 4 hab serantau di Malaysia menjelang 2023
flag

Nilai Teras

Transparency

Ketelusan

Accountability

Kebertanggungjawaban

Quality

Kualiti

Slogan Kami

AKIKAH KORBAN

Tanpa Sempadan

© 2022 EZ Qurban Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara