F.A.Q

Inginkan jawapan untuk pertanyaan anda?
Sini semuanya ada.

Korban

Ibadah korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hariraya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah

Ibadah Korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka (bukan golongan hamba)

Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

  • Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
  • Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
  • Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.

Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.

Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibubapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.

Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.

Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat, agar ibadah korbannya menjadi sempurna

Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program korban. Akad perwakilan itu juga memadai dengan niat oleh peserta korban.

Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.

Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.

Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.

Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

Ibadah Korban yang dilaksanakan di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri. Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.

Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala aqiqah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

Info Pengurusan Korban

EZ Qurban melaksanakan Ibadah Korban di dalam dan di luar negara. Selain di Malaysia, antara negara-negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, (AFRIKA) Mali, Chad, Kenya, Somalia, Tanzania dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh) & Dadaab (Somalia- Kenya).

EZ Qurban melaksanakan ibadah korban di Malaysia dan di luar negara antaranya di Kemboja, India, Indonesia, Chad, Kenya, Uganda, Burkina Faso, Syria, Palestin, dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh).

Untuk korban Lokal (Malaysia), antaranya negeri pelaksanaan ialah Selangor, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

Kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah korban samada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA demi untuk menggalakkan Umat Islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah korban.

EZ Qurban Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran (768010-D). Pejabat kami beroperasi di Batu Caves Centrepoint, Selangor.

 

Kami melantik Amanah Warisan Berhad (AWARIS) iaitu sebuah Institusi Amanah yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bagi memantau setiap aliran kewangan dan aktiviti pengurusan EZ Qurban.

Kami merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 – Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO MS1900:2014 – Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.

Kedua-duanya.


*Tambahan : Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada korban itu sah atau tidak.

Saiz haiwan korban mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh dikorbankan iaitu:

•        Cukup umur. (Unta: 5 tahun, lembu,kerbau & kambing : 2 tahun, biri-biri : setahun @ dah bersalin gigi)

•        Tak cacat & tak berpenyakit.

*Tambahan : Sebaik-baik haiwan korban itu yang paling banyak dagingnya, tapi berat & besar bukan asbab menjadikan korban itu tidak sah.

KORBAN LUAR NEGARA
Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara pembiak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

KORBAN MALAYSIA
Malaysia bukanlah negara pembiak haiwan lembu dan kambing secara besar-besaran. Kebanyakan haiwan diimport dari luar negara. Itulah yang menyebabkan harganya lebih tinggi berbanding luar negara.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan gambar sembelihan korban secara individu atas faktor kuantiti haiwan korban yang banyak dan tempoh pelaksanaan korban yang terhad. Jika tuan/puan ingin melihat gambar aktiviti program sembelihan boleh layari facebook kami FB: Ez Qurban Sdn Bhd. Kami akan cuba untuk mengemaskini gambar program-program sembelihan korban dari semasa ke semasa.

Peserta tidak digalakkan memilih negara pelaksanaan. Setiap pendaftaran akan masuk ke dalam sistem dan negara pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan setiap negara.

Sijil Pengesahan Korban akan diposkan atau di email (e-Cert) kepada para pelanggan dalam masa satu hingga ke dua bulan selepas selesai pelaksanaan ibadah korban, kerana tempoh tersebut adalah tempoh proses untuk melengkapkan segala laporan pelaksanaan ibadah korban yang kami terima daripada 41 buah negara pelaksanaan.

Ya, memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang online EZ Qurban.

EZ Qurban tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan atau ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran korban.
Kami telah berhubung dengan wakil perlaksanaan di luar negara dan mereka memberi maklum balas bahawa di sana masih boleh melakukan sembelihan korban tetapi dengan jumlah haiwan yang terhad dan harus mematuhi SOP. Untuk makluman, pada tahun ini semua urusan pembelian lembu, sembelihan, agihan dan laporan diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara dengan pemantauan penuh dari jarak jauh oleh pihak EZ Qurban.

Aqiqah Kambing

Hukum Aqiqah

UMUM

Akikah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522).

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Jika tidak disembelih akikah pada hari yang ketujuh, maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-14. Jika tidak disembelih pada hari yang keempat belas maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-21”
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi / MS 71 : Edisi Rumi)

UMUM

Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522).

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Jika tidak disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh, maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-14. Jika tidak disembelih pada hari yang keempat belas maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-21”
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi / MS 71 : Edisi Rumi)

UMUM

Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNNAH MU’AKKADAH (sunat yang sangat dituntut melakukannya).

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Hal ini berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie iaitu hukum melaksanakan aqiqah ialah Sunnah Mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut)
(Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafie, Jilid 1 / MS 487)

UMUM

Kerana ibadah aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)

UMUM

Tidak. Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan
sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan & Husain
R.Anhuma.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
ﺎﺸﻛ ﺎﺸﻛ ﺴﺤﻟاو ﻦﺴﺤﻟا ﻦﻋ ﻖﻋ ﻢﻠﺳو ﻪﻠﻋ ا ﺻ ا لﻮﺳر نأ
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengaqiqahkannya untuk cucunya Hassan dan Hussain
dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang.” (Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

Umum

a) Menghindari anak dari terkena penyakit
b) Menghindari anak dari gangguan syaitan
c) Membantu menyokong tumbesaran dan minda anak
d) Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW

 

Ramadan

a) Digandakan pahala melakukan amal kebaikan

b) Diganjari pahala memberi makan orang yang berbuka puasa

Ibadah aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa/penjaga) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

 

a) IBU BAPA

Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)

b) DATUK

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengaqiqahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

c) PENJAGA

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Orang yang disunatkan mengerjakan aqiqah kanak-kanak ialah orang yang wajib menafkahkannya iaitu penjaganya mengikut kemampuannya”.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi)

UMUM

Boleh, kerana Rasulullah SAW mengaqiqahkan kedua cucunya Hassan & Hussain R.Anhuma dengan dua ekor kibash (seekor kibash setiap seorang).

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengaqiqahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang.”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

UMUM

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan aqiqah tersebut sesegera yang boleh, apatah lagi jika ianya telah diniatkan.

UMUM

Boleh. Lebih banyak haiwan aqiqah yang disembelih, maka lebih besar ganjarannya kerana lebih ramai yang menerima manfaatnya.

UMUM

Boleh, malah sunat hukumnya bagi seseorang dewasa yang belum diaqiqahkan, maka dia boleh melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

a) Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabarani telah meriwayatkan tentang hadith Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya setelah dilantik menjadi Rasul, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنْ نَفْسِهِ بَعْدَ النُّبُوَّةُ
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri setelah dilantik menjadi Nabi”
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi)

b) Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Sunat mengerjakan aqiqah untuk dirinya (setelah dewasa) kerana memperolehi semula barang yang luput (kemampuan)”. Hal ini berdasarkan pandangan Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Tuhfah Al-Muhtaj.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi) ”

c) Dipetik daripada Al-Kafi li Al-Fatawa, menyatakan bahawa: “Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya”
(AL-KAFI #633 : HUKUM AQIQAH BAGI DIRI SENDIRI)
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri

UMUM

Jika sekiranya ibu bapa / penjaga kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh mengakikahkan anaknya, tetapi ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapanya.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Tiada dalil yang melarang untuk melakukan demikian. Bahkan hal ini dikiaskan kepada hadith tentang perbuatan Nabi SAW yang mengaqiqahkan dua orang cucunya iaitu Sayyidina Hassan dan Hussain Radhiallahu ‘anhuma.

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengaqiqahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

  • Belum mempunyai nama?
  • Salah ejaan nama?
  • Bertukar nama?
  • Belum mendaftar

– – – – – – – – – – – –

UMUM

Boleh, kerana nama bukanlah syarat sah sembelihan aqiqah, ia adalah tertakluk kepada niat sahaja.
Meletakkan nama ketika mendaftar aqiqah itu hanya urusan dokumentasi, ia tidak menjejaskan niat untuk melaksanakan aqiqah tersebut.

UMUM

Memadai niat aqiqah / korban dari pihak peserta sahaja, kerana menyebut nama ketika sembelih bukanlah syarat sah sembelihan tersebut.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Penyembelih tidak wajib menyebut nama ketika menyembelih. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya:

وَلَيْسَ عَلَى الوَكِيلِ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ الذَبْحِ عَمَّنْ؛ لِأًّنَ النِّيَّةَ تُجْزِئَ
Maksudnya: “Mereka yang menjadi wakil dalam sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban ketika sembelihan berlaku. Kerana memadai dengan niat daripada pemilik korban”
(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2737)

Begitu juga, fatwa Al-Imam al-Nawawi di dalam karyanya:

وَلَوْ وَكَّلَهُ وَنَوَى عِنْدَ ذَبْحِ الْوَكِيلِ كَفَى ذَلِكَ وَلَا حَاجَةَ إلَى نِيَّةِ الْوَكِيلِ بَلْ لَوْ لَمْ يَعْلَمْ الْوَكِيلُ أَنَّهُ مُضَحٍّ لَمْ يَضُرَّ
Maksudnya: “Jika dia mewakilkan dan dia niat ketika berlaku sembelihan, maka sudah memadai niat itu. Tidak perlu kepada niat wakil sekalipun wakil itu tidak tahu bahawa dia adalah orang yang berkorban, ini tidak memudaratkan(hukum tetap sah)”
(Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/406)

a) SUNNAH MUAKKADAH

Boleh, malah sunat hukumnya melaksanakan aqiqah ke atas bayi / seseorang yang telah meninggal dunia, jika ia belum sempat diaqiqahkan semasa hayatnya.

 

b) SUNAT (Selepas Lahir)

Fatwa Mufti Wilayah menyatakan bahawa: Jika seorang anak itu lahir kemudian meninggal dunia sebelum sempat hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan ibadah aqiqah ke atasnya sepertimana disunatkan ke atas orang yang hidup. Ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab As-Syafie” (AL-KAFI #1570)

 

c) SUNAT (Sebelum Lahir)

“Jika janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan aqiqah ke atasnya” (AL-KAFI #1570)

 

d) HARUS (Sebelum cukup 4 bulan usia kandungan)

“Jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan aqiqah ke atasnya, kerana ia diibaratkan sebagai objek”

(AL-KAFI #1570: HUKUM AQIQAH TERHADAP ANAK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA)
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4090-al-kafi-1570-hukum-aqiqah-terhadap-anak-yang-telah-meninggal-dunia

Haiwan Aqiqah

KAMBING

Sunat menyembelih aqiqah dengan haiwan kambing
a. Lelaki – 2 ekor kambing
b. Perempuan – 1 ekor kambing

Tetapi, boleh juga melaksanakan aqiqah dengan haiwan ternakan yang diharuskan bagi ibadah korban seperti lembu dan unta berdasarkan Qiyas dan Fatwa ulamak dalam mazhab As-Syafie.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Ummu Al-Mu’minin Saiyidatina Aisyah R.Anha:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعَقَّ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan aqiqah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)

– – – – – – – – – – – 

DALIL AKIKAH LEMBU

Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu As-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas”
(Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448)

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

KAMBING

Sunat menyembelih aqiqah dengan haiwan kambing
a. Lelaki – 2 ekor kambing
b. Perempuan – 1 ekor kambing

Tetapi, boleh juga melaksanakan aqiqah dengan haiwan ternakan yang diharuskan bagi ibadah korban seperti lembu dan unta berdasarkan Qiyas dan Fatwa ulamak dalam mazhab As-Syafie.

– – – – – – – – – – – 

DALIL AQIQAH KAMBING

Ummu Al-Mu’minin Saiyidatina Aisyah R.Anha:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعَقَّ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan aqiqah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)

– – – – – – – – – – – 

DALIL AQIQAH LEMBU

Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu As-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas”
(Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448)

Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya”
(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

UMUM

Keutamaan haiwan bagi ibadah aqiqah ialah kambing, berdasarkan dalil yang kuat dan pandangan majoriti ulama dalam mazhab As-Syafie & beberapa mazhab yang lain. Manakala pilihan seterusnya ialah haiwan ternakan yang dibolehkan untuk pelaksanaan ibadah korban iaitu lembu dan unta berdasarkan pandangan Al-Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ & Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitab Fatawa Al-Kubra Al-fiqhiyyah.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Saiyidina Aisyah RA berkata:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعَقَّ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan aqiqah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)

UMUM

Kedua-duanya. Cuma kebiasaannya pihak kami akan menyembelih aqiqah dengan haiwan jantan.

– – – – – – – – – – – 

HUKUM

Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat sama ada aqiqah tersebut sah atau tidak.

UMUM

Saiz KAMBING mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
• Kambing : 2 tahun
• Biri-biri : 1 tahun @ sudah bersalin gigi)
• Tidak cacat & tidak berpenyakit

 

Saiz LEMBU mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
• Lembu : 2 tahun
• Tidak cacat & tidak berpenyakit

KAMBING AQIQAH LOKAL

Saiz & berat kambing aqiqah lokal (Malaysia) adalah berbeza mengikut baka.

BERAT HIDUP : 30-34KG

BERAT BERSIH : 15-17KG

 

KAMBING AQIQAH PREMIUM & MEKAH

Saiz & berat kambing aqiqah adalah berbeza mengikut baka dan sosio-budaya bagi setiap tempat (negara) pelaksanaan.

BERAT HIDUP : 18-28KG

BERAT BERSIH : 9-14KG

 

LEMBU AQIQAH EKONOMI

Saiz & berat lembu aqiqah adalah berbeza mengikut baka dan sosio-budaya bagi setiap tempat pelaksanaan.

BERAT HIDUP : 180-250KG

BERAT BERSIH : 90-125KG

KAMBING AQIQAH LOKAL

Di EZ Qurban kami menawarkan haiwan jenis kambing & biri-biri dalam kategori yang sama bagi pakej Aqiqah Lokal

KAMBING : BOER & JAMNAPARI
BIRI-BIRI : DORPER & MERINO

 

KAMBING AQIQAH PREMIUM & MEKAH

Di EZ Qurban kami menawarkan haiwan jenis kambing & biri-biri dalam kategori yang sama bagi pakej Aqiqah Premium & Mekah. Dan baka tertakluk kepada bekalan di negara tersebut.

KAMBING : BOER, JAMNAPARI, DAMARA & KATJANG
BIRI-BIRI : DORPER & MERINO

 

LEMBU AQIQAH EKONOMI

Di EZ Qurban kami menawarkan haiwan lembu bagi pakej Aqiqah Ekonomi dan baka tertakluk kepada bekalan di negara tersebut.

BRAHMA, ANKOLE, WATUSI

Perkhidmatan Aqiqah

UMUM

Kami menyediakan pakej akikah di dalam dan luar negara.

AKIKAH LOKAL

Kambing sahaja RM1,199/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

AKIKAH PREMIUM

Kambing sahaja RM590/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

AKIKAH MEKAH

Kambing sahaja RM449/Per Ekor

AKIKAH EKONOMI

Lembu sahaja RM299/Per Bahagian

Kami menyediakan pakej aqiqah di dalam dan luar negara.

a) AQIQAH LOKAL

Kambing sahaja RM1,249/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

b) AQIQAH PREMIUM

Kambing sahaja RM590/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

c) AQIQAH MEKAH

Kambing sahaja RM449/Per Ekor

d) AQIQAH EKONOMI

Lembu sahaja RM299/Per Bahagian

EZ Qurban melaksanakan ibadah aqiqah di Malaysia dan di luar negara antaranya di Kemboja, India, Indonesia, Chad, Kenya, Uganda, Burkina Faso, Palestin, Arab Saudi dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh).

Untuk Aqiqah Lokal (Malaysia), kami melaksanakan akikah di 4 buah negeri iaitu Johor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

– – – – – – – – – – – 

AQIQAH LOKAL

a) JOHOR
     Senggarang Goat Farm, Senggarang.

b) KELANTAN
     i-Sejahtera Farm, Bachok.

c) KEDAH
     Colla Cattle Farm, Kulim.

d) SELANGOR
    1. Golden Goat Farm, Kundang.
    2. AP Prestige Farm, Pulau Indah, Klang.

EZ Qurban berpengalaman selama 14 tahun menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan akikah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint. Kami merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.

Selain itu, kami juga telah banyak bekerjasama dengan institusi perbankan (Bank Rakyat & BSN), pendidikan (program CSR), koperasi, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya. Kami juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dari stesen radio seperti Ikim, stesen TV seperti Astro Awani, TV Al-Hijrah, RTM, Media Prima & dan Bernama TV, dan media elektronik seperti Astro Awani, Harian Metro, Utusan Malaysia & Sinar Harian yang mana mereka juga turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan.

Kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah aqiqah sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA untuk menggalakkan umat Islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah aqiqah .

AQIQAH LUAR NEGARA
Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara pembiak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

 

AQIQAH MALAYSIA
Malaysia bukanlah negara pembiak haiwan lembu dan kambing secara besar-besaran. Kebanyakan haiwan diimport dari luar negara. Itulah yang menyebabkan harganya lebih tinggi berbanding luar negara.

Peserta tidak digalakkan memilih tempat pelaksanaan, kecuali bagi pakej Aqiqah Lokal (Malaysia).

Tempat pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut pakej yang dipilih oleh peserta dan keperluan setiap tempat. Ini bagi mengelakkan berlaku lambakan haiwan sembelihan.

Kebiasaannya kami akan melaksanakan aqiqah di negara-negara berkenaan, antaranya di Kemboja, India, Indonesia, Chad, Kenya, Uganda, Burkina Faso, Palestin, Arab Saudi dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh).

Tiada. Kami hanya menyediakan perkhidmatan sembelihan aqiqah sahaja di dalam dan luar negara.

Boleh, tetapi ada penambahan harga (mengikut berat yang ditambah).
Caj tambahan RM50/kg. dikenakan untuk penambahan berat.

EZ Qurban perlu merujuk ladang untuk mengesahkan stok kambing seperti berat saiz yang diminta.

EZ Qurban tiada ladang ternakan sendiri. Tetapi kami mendapatkan kambing dari pembekal tempatan sama ada di dalam dan luar negara.

Pendaftaran Aqiqah

UMUM

Kami menyediakan pakej akikah di dalam dan luar negara.

AKIKAH LOKAL

Kambing sahaja RM1,199/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

AKIKAH PREMIUM

Kambing sahaja RM590/Per Ekor + hadiah sijil ukiran kayu & bantal Babypian

AKIKAH MEKAH

Kambing sahaja RM449/Per Ekor

AKIKAH EKONOMI

Lembu sahaja RM299/Per Bahagian

Kami menyediakan 2 cara pendaftaran iaitu offline dan online:

a) Offline :Kaunter Akad di Pejabat EZ Qurban
b) Online : Website, Facebook, Whatsapp, Faks, Pos, Emel, SMS & MMS.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan pendaftaran di lokasi pelanggan (Door to Door).

Kami menyediakan cara pembayaran seperti berikut:

PENDAFTARAN DI KAUNTER
1. Wang Tunai RM
2. Kad Debit / Kredit
3. Transfer / Internet Banking
4. QR Code
5. Cheque

PENDAFTARAN ONLINE
1. FPX – Billplz (Personal / Business Account)
2. Transfer / Internet Banking
3. Cash Deposit Machine (CDM)
4. Kad Debit / Kredit
5. Wang Pos
6. Cheque

Pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh permintaan.

Akad Aqiqah

Ada, kami menyediakan skrip lafaz akad di setiap medium pendaftaran.

Ada, kami menyediakan skrip lafaz akad di setiap medium pendaftaran.

UMUM

Ya, memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual sama ada secara lafaz ataupun melalui tulisan.

Boleh datang ke kaunter akad di Pejabat EZ Qurban.
Atau melalui panggilan telefon di talian tetap EZ Qurban: 03-61861911.

Boleh, wakil peserta juga boleh membuat akad.

EZ Qurban tidak melantik mana-mana ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran.

Operasi Pelaksanaan Aqiqah

PERMINTAAN

Akikah permintaan akan dilaksanakan mengikut tarikh yang dipilih oleh pelanggan.

KAMBING

Akikah kambing akan dilaksanakan dalam tempoh maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.

LEMBU

Akikah lembu akan dilaksanakan setelah cukup 7 bahagian lembu dan maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.

RAMADHAN

Akikah Ramadan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.

UMUM

Semua pendaftaran akikah bermula 1 Rejab akan dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadan. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

MUSIM KORBAN

PENDAFTARAN : Dibuka seperti biasa untuk semua jenis Akikah termasuk Nazar & Sedekah.
PELAKSANAAN :

  1. Akikah Mekah & Ekonomi : Dilaksanakan bermula 24 Zulhijjah (Termasuk Permintaan)
  2. Akikah Premium, Lokal : Dilaksanakan bermula 20 Zulhijjah kecuali Permintaan akan dijalankan mengikut tarikh yang didaftarkan.
  3.  Nazar & Sedekah : Dilaksanakan bermula 20 Zulhijjah kecuali Permintaan akan dijalankan mengikut tarikh yang didaftarkan.

a) PERMINTAAN

Aqiqah permintaan akan dilaksanakan mengikut tarikh yang dipilih oleh pelanggan.

b) KAMBING

Aqiqah kambing akan dilaksanakan dalam tempoh maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.

c) LEMBU

Aqiqah lembu akan dilaksanakan setelah cukup 7 bahagian lembu dan maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.

d) RAMADHAN

Aqiqah Ramadan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.

– – – – – – – – – – – 

UMUM

Semua pendaftaran Aqiqah bermula 1 Rejab akan dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadan. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

– – – – – – – – – – – 

MUSIM KORBAN

a) PENDAFTARAN : Dibuka seperti biasa untuk semua jenis Aqiqah termasuk Nazar & Sedekah.
b) PELAKSANAAN :

    • Aqiqah Mekah & Ekonomi : Dilaksanakan bermula 24 Zulhijjah (Termasuk Permintaan)
    • Aqiqah Premium, Lokal : Dilaksanakan bermula 20 Zulhijjah kecuali Permintaan akan dijalankan mengikut tarikh yang didaftarkan.
    •  Nazar & Sedekah : Dilaksanakan bermula 20 Zulhijjah kecuali Permintaan akan dijalankan mengikut tarikh yang didaftarkan.

HUKUM DAN PENGURUSAN

Daging aqiqah sunat dimasak. Berbeza dengan ibadah korban yang mana dagingnya diagihkan secara mentah.

Tetapi di EZ Qurban, tidak semua daging aqiqah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penerima.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Sunat daging aqiqah itu dimasak manis kerana mengambil sempena dengan manis (elok) perangai kanak-kanak”.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi / MS 82 : Edisi Rumi)

MALAYSIA

Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di lokasi pelaksanaan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh EZ Qurban. Dan pihak kami juga akan menghantar urus setia ke lokasi tersebut untuk memantau segala proses pelaksanaan.

 

LUAR NEGARA

Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di negara pelaksanaan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh EZ Qurban. Dan pihak kami juga akan menghantar urus setia ke luar negara untuk memantau segala proses pelaksanaan.

UMUM

Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di luar negara mengikut SOP sembelihan yang telah ditetapkan oleh EZ Qurban dan SOP keselamatan di negara tersebut.

Untuk makluman pada ketika ini, semua urusan pembelian haiwan, sembelihan, agihan dan laporan diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara dengan pemantauan penuh dari jarak jauh oleh pihak EZ Qurban.

Bukti Pelaksanaan Aqiqah

UMUM

Ya, peserta akan menerima bukti pelaksanaan dalam bentuk video atau gambar yang akan dihantar melalui email yang telah didaftarkan.

UMUM

Ya, peserta akan menerima bukti pelaksanaan dalam bentuk video atau gambar yang akan dihantar melalui email yang telah didaftarkan.

UMUM

Ya. Pihak kami akan menyediakan laporan pelaksanaan dalam bentuk e-sijil yang akan dihantar melalui email yang didaftarkan.

UMUM

Ya. Peserta akan menerima sijil ukiran kayu premium secara percuma jika mengambil pakej Aqiqah Lokal & Aqiqah Premium.

Bagi pendaftar yang memilih pakej Aqiqah Ekonomi & Aqiqah Mekah, peserta hanya akan menerima e-sijil yang akan dihantar melalui e-mel.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Sijil Ukiran Kayu Premium, pendaftar perlu membuat bayaran tambahan RM20 (termasuk pos) untuk setiap peserta.

UMUM

E-SIJIL
SEMUA PAKEJ AKIKAH (TERMASUK PERMINTAAN)
Maksimum 3 hari selepas selesai sembelihan akikah kecuali untuk Akikah Ramadan dan Musim Korban.

SIJIL KAYU
Sijil Ukiran Kayu Premium akan diposkan kepada alamat pendaftar dalam tempoh 30 hari selepas selesai pelaksanaan.

Pakej Tambahan

UMUM

Hadiah Bantal Eksklusif Babypian akan diposkan kepada alamat pendaftar dalam tempoh 30 hari selepas selesai pelaksanaan.

Tidak boleh, kerana kami hanya menawarkan sijil kayu ke atas nama peserta (terkini) yang telah didaftarkan.

Tidak boleh, kerana kami hanya menawarkan sijil kayu ke atas nama peserta (terkini) yang telah didaftarkan.

Tidak boleh. Setakat ini harga yang ditawarkan hanya untuk pakej akikah sahaja kerana haiwan korban akan dibeli pada musim korban nanti.

Nazar

Harga Kambing : RM580/Per Ekor
Harga Lembu: RM2240/Per Ekor
Dan tiada bahagian lembu untuk pendaftaran nazar.

Harga Kambing (Luar Negara): RM449/Per Ekor

Harga Lembu (Luar Negara): RM2,093/Per Ekor

Ekor Kambing (Malaysia) :RM1,249/Per Ekor

Dan tiada bahagian lembu untuk pendaftaran nazar/sedekah.

Aqiqah Lembu

Tidak boleh, kerana seekor lembu hanya dibahagikan kepada 7 bahagian sahaja (untuk 7 orang peserta), samada lembu aqiqah atau lembu korban.

Boleh. Berdasarkan fatwa yang dikemukakan oleh Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar Al-Haitami (Sila rujuk slide ke-6 & 7).

Tidak boleh, kerana seekor lembu hanya dibahagikan kepada 7 bahagian sahaja (untuk 7 orang peserta), samada lembu aqiqah atau lembu korban.

Boleh, tetapi EZ Qurban tidak melaksanakan korban dan aqiqah (bercampur bahagian) dalam seekor lembu kerana jika ia bercampur, maka akan menyukarkan proses pelaksanaan dan agihan.

Seorang Anak Lelaki – 2 bahagian lembu Aqiqah

Seorang Anak Perempuan – 1 bahagian lembu Aqiqah

Hal ini berdasarkan Qias bagi jumlah ekor haiwan kambing Aqiqah untuk anak lelaki dan anak perempuan.

UMUM

Boleh.

– – – – – – – – – – – 

DALIL

Hal ini berdasarkan dalil Qiyas kepada hadis Nabi SAW mengaqiqahkan cucunya dengan seekor kambing setiap seorang. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَقَّ عَنْ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ ُ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengaqiqahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)

Boleh. Lagi baik haiwan yang diaqiqahkan atau dikorbankan, maka lebih besarlah ganjaran pahala yang akan diperolehinya.

Boleh.  Akan tetapi waktu sembelihannya berbeza, kerana syarat bagi sembelihan aqiqah bahagian lembu mestilah cukup 7 bahagian. Dan kemungkinan lokasi sembelihan juga berbeza.

Seekor lembu aqiqah boleh dibahagikan kepada beberapa orang peserta, tetapi maksimum hanya 7 orang peserta sahaja (untuk 7 bahagian).

Hukum asal bagi sembelihan Aqiqah ialah haiwan kambing. Tetapi, di sana juga terdapat fatwa yang mengharuskan pelaksanaan aqiqah dengan haiwan lembu. (sila rujuk slide ke 6&7)

Untuk mengelakkan kekeliruan, kami menyediakan medium pendaftaran yang berbeza untuk penyertaan Aqiqah kambing dan Aqiqah lembu.

Tidak boleh, kerana 1 ekor kambing hanya untuk 1 nama peserta sahaja, begitu juga dengan 1 bahagian lembu hanya untuk 1 peserta sahaja.

1 Kambing    = 1 Peserta (Korban / Aqiqah)

1 Bhg. Lembu = 1 Peserta (Korban / Aqiqah)

Info Pengurusan Aqiqah Lembu

Sedang di kemaskini hubungi kami (1-800-885-885) untuk makluman lanjut.

Sedang di kemaskini hubungi kami (1-800-885-885) untuk makluman lanjut.

Boleh, peserta akan tahu selepas mendapat laporan bukti pelaksanaan (gambar atau video) yang
memaparkan nama‐nama peserta

Inshaa Allah, pihak kami akan mencukupkan seekor lembu untuk disembelih dan selewat-lewatnya sembelihan akan berlaku 10 hari selepas pendaftaran.

UMUM

Boleh, hanya pendaftaran aqiqah dengan 7 bahagian (seekor lembu). Jika berminat, pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh permintaan.

Kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah aqiqah samada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA demi untuk menggalakkan umat islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah aqiqah.

EZ Qurban berpengalaman selama 14 tahun menguruskan pelaksanaan ibadah aqiqah dan aqiqah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint. Kami merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.

Selain itu, kami juga telah banyak bekerjasama dengan institusi perbankan (Bank Rakyat & BSN),  pendidikan (program CSR), yayasan, koperasi, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya. Kami juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dari stesen radio seperti Ikim, stesen TV seperti Astro Awani, TV Al-Hijrah, RTM, Media Prima & dan Bernama TV, dan media elektronik seperti Astro Awani, Harian Metro, Utusan Malaysia & Sinar Harian yang mana mereka juga turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan.

Kedua-duanya. Cuma kebiasaanya kami akan menyembelih akikah dengan kambing jantan.

Tambahan : Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada aqiqah itu sah atau tidak.

Saiz haiwan kambing mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diaqiqahkan iaitu:

  • Cukup usia bagi haiwan kambing – 2 tahun.
  • Kambing biri-biri: usia 8 bulan – setahun @ sudah bersalin gigi)
  • Tidak cacat & tidak berpenyakit.

AQIQAH LUAR NEGARA

Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara penternak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Selepas pendaftaran, pelaksanaan aqiqah akan dilakukan dalam tempoh maksimum 10 hari dan sijil pengesahan akan diposkan atau diemail (e-Cert) kepada pelanggan dalam tempoh maksimum 3 hari selepas selesai pelaksanaan kecuali untuk Aqiqah Ramadan dan Musim Korban. Untuk Sijil Ukiran Kayu Premium akan diposkan kepada alamak pendaftar dalam tempoh 30 hari selepas selesai pelaksanaan.

 

AQIQAH RAMADHAN:

Semua pendaftaran aqiqah bermula 1 Rejab akan dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadhan. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

AQIQAH MUSIM KORBAN:

Semua pendaftaran aqiqah bermula 1 Zulhijjah akan dilaksanakan selepas selesai musim korban. Dan sijil pengesahan akan diberikan selepas selesai pelaksanaan.

Ya memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang online EZ Qurban.

EZ Qurban tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan atau ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran Aqiqah.

Kami telah berhubung dengan wakil pelaksanaan di luar negara dan mereka memberi maklum balas bahawa di sana masih boleh melakukan sembelihan aqiqah. Untuk makluman, pada ketika ini, semua urusan pembelian kambing, sembelihan, agihan dan laporan dalam bentuk video diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara.

Fatwa Aqiqah dengan Bahagian Lembu

Berdasarkan Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:

 أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِك

Maksudnya:  “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika  ibadah haji makan sah hukumnya

(Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)

Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ

Maksudnya:  “Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan qurban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas.

(Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (8/448)

Syarat Sah Aqiqah Dengan bahagian lembu

Syarat sah bagi ibadah Aqiqah pada bahagian lembu adalah sama seperti syarat sah bagi ibadah Korban dengan lembu.  Antaranya ialah:

  • Cukup 7 bahagian lembu iaitu seekor.
  • Cukup Umur Lembu (2 tahun dan ke atas)
  • Lembu sihat dan tidak terlalu kurus.
  • Lembu cukup sifat dan tidak cacat.

Hal ini berdasarkan Qias pada syarat sah bagi haiwan korban (lembu) .

Aqiqah Malaysia

Tempahan paling lewat diterima sebelum jam 3:00 petang sehari sebelum hari sembelihan.

Tempahan paling lewat diterima sebelum jam 3:00 petang sehari sebelum hari sembelihan.

Untuk aqiqah Lokal (Malaysia), kami melaksanakan akikah di 4 buah negeri iaitu Johor, Kelantan, Kedah
dan Selangor.

 

JOHOR: Senggarang Goat Farm, Senggarang.
KELANTAN: i‐Sejahtera Farm, Bachok.
KEDAH: Colla Cattle Farm, Kulim.
SELANGOR: Golden Goat Farm, Kundang dan AP Prestige Farm, Pulau Indah, Klang.

Tiada. Kami hanya menyediakan servis sembelihan aqiqah kambing sahaja.

EZQ tiada ladang ternakan sendiri, tetapi EZ Qurban bekerjasama dengan  Senggarang Goat Farm (Senggarang, Johor), i‐Sejahtera Farm (Bachok, Kelantan), Colla Cattle Farm (Kulim, Kedah), Golden Goat Farm (Kundang, Selangor) dan AP Prestige Farm, Pulau Indah (Klang, Selangor).

Aqiqah Ramadan

Tempahan paling lewat diterima sebelum jam 3:00 petang sehari sebelum hari sembelihan.

Program Prihatin Ummah adalah program yang dilakukan pada setiap tahun oleh EZ Qurban bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan. Kempen program ini dilancarkan bermula pada 01 Rejab sehingga 27 Ramadan.

 

Antara pengisian program adalah pelaksanaan Aqiqah yang terkumpul bermula 01 Rejab akan disempurnakan di bulan Ramadan, kemudian daging-daging Aqiqah tersebut akan dimasak dan diagihkan sebagai juadah berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan.

Mengambil kesempatan untuk menggandakan pahala Ibadah Aqiqah apabila ia dilakukan di dalam bulan Ramadan, disamping itu dapat mengagihkan daging-daging aqiqah sebagai juadah berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan.

Tiada dalil khusus mengenai hal ini. Galakan melaksanakaan Aqiqah dalam bulan Ramadan hanyalah untuk memberi peluang bagi yang belum melaksanakan aqiqah untuk diri sendiri, anak atau cucu.

 

Dan bulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk memberi makan orang berbuka puasa dan digandakan pahala orang yang berpuasa jika melakukan amal kebaikan dalam bulan tersebut.

Yang paling terbaik ialah disegerakan pelaksanaan Aqiqah pada hari ke-7 sepertimana yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.

 

Adapun Aqiqah Ramadan merupakan satu peluang bagi yang telah terlepas melaksanakan Aqiqah samada untuk diri sendiri, anak dan cucu. Pelaksanaan di bulan tersebut memberi peluang untuk merebut pahala memberi makan orang berbuka puasa.

Info Pengurusan Aqiqah Ramadan

Tempahan paling lewat diterima sebelum jam 3:00 petang sehari sebelum hari sembelihan.

Bermula 1 Rejab sehingga Ramadan, pihak Ez Qurban akan menangguhkan semua pelaksanaan aqiqah biasa (selain permintaan hari ke-7,14 & 21) dan akan dilaksanakan dalam bulan Ramadan.

EZ Qurban menganjurkan PROGRAM PRIHATIN UMMAH bermula Rejab sehingga akhir Ramadan.

 

Di dalam program ini, semua penyertaan Aqiqah akan disembelih di dalam bulan Ramadan dan daging Aqiqah tersebut akan dijadikan sebagai juadah berbuka puasa dan dijamu kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

Laporan penuh akan diterima setelah selesai sembelihan. Pihak Ez Qurban akan memberikan sijil pelaksanaan aqiqah yang tertulis nama peserta, lokasi dan tarikh sembelihan.

Dan kami juga sertakan bukti pelaksanaan lengkap samada berbentuk video atau gambar.

Daging aqiqah akan diagihkan berdasarkan situasi di luar negara. Ada yang dimasak dan dijamu untuk berbuka puasa, dan ada yang diberikan secara mentah.

Tidak digalakkan. Setakat ini semua pelaksanaan aqiqah Ramadan luar negara akan dilaksanakan di Tanah Haram Mekah.

Luar negara                   : Wakil EZ Qurban di luar negara.

Dalam Malaysia         : Yayasan EZ Prihatin

Setakat ini, selagi pelaksanaan aqiqah berlaku dalam bulan Ramadan, selain agihan mentah, daging sembelihan tersebut akan dijadikan juadah berbuka puasa.

Kita menganjurkan Pek Prihatin Ummah dan iftar akan diagihkan dalam bentuk pek makanan.

Ya. Setiap kos penyertaan Aqiqah para peserta sudah termasuk kos majlis Iftar.

Selepas sembelih daging akan diproses untuk dimasak dan dijadikan pek makanan supaya mudah diagih dan lebih ramai yang mendapat manfaat.

PEMBAYARAN

Tempahan paling lewat diterima sebelum jam 3:00 petang sehari sebelum hari sembelihan.

Semua jenis kad kredit Visa, MasterCard dan American Express yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia boleh digunakan untuk membuat Pembayaran.

AWARIS

Tempahan paling lewat diterima sebelum jam 3:00 petang sehari sebelum hari sembelihan.

Amanah Warisan Berhad (Awaris) adalah lantikan Ez Qurban Sdn Bhd. Sebuah Institusi Amanah yang tertakluk kepada Akta Syarikat Amanah 1949. Untuk menjaga kepentingan pihak-pihak yang terlibat dengan mana-mana skim termasuk skim yang dijalankan di bawah EZ Qurban.

 

Kuasa Undang-undang

  1. Akta Syarikat Amanah 1949 (Untuk menjaga amanah & perlaksanaan pihak-pihak)
  2. AMLA 2010 (Anti Money Laundering Act), di bawah Bank Negara Malaysia

 

Dokumen pematuhan

  1. Audit Akaun
  2. Laporan Pelaksanaan Projek
  3. “Due Diligence” yang wajar dari masa ke semasa

 

Tugasan AWARIS:

  1. Pematuhan kepada Akta-akta yang berkaitan (a & b)
  2. Pematuhan dokumen pematuhan (a,b & c)
  • Institusi Amanah yang menggunakan sepenuhnya Digital & Syariah.
  • Fleksibiliti.
  • AWARIS telah bekerjasama dengan 3 bank komersial, Institusi Takaful yang patuh kepada IFSA 2013.
  • Track record AWARIS yang baik.
  • AWARIS tertakluk kepada pengauditan & pematuhan  tahunan SSM & AMLA 2010 (Bank Negara).

a) Mempunyai Ahli Lembaga Pengarah yang berpengalaman dalam bidang

      • Pengamanahan
      • Perbendaharaan & Perbankan
      • Pematuhan
      • Operasi
      • Perakaunan

b) Penasihat Syariah yang sangat berkelayakan & bebas

c) Penasihat Pelaburan yang sangat berkelayakan & bebas

d) Penasihat Korporat yang sangat berkelayakan & bebas

e) Semua Lembaga Pengarah & Kakitangan bebas:

      • CBT
      • Insolvensi
      • c- CCRIS

Pelanggan akan menerima emel dari Billplz (payment gateway yang mewakili EZ Qurban dan Awaris) yang memaklumkan bayaran telah diterima. Pengesahan pendaftaran pula akan dimaklumkan oleh pihak Ez Qurban juga melalui emel.

Boleh. Sebarang pembatalan dan pemulangan wang memerlukan semakan dan mengambil masa seperti terkandung dalam polisi kembalian wang oleh Ez Qurban.

Tempoh masa yang diperlukan adalah berbeza mengikut musim biasa dan musim Ramadhan / Qurban. Bagi musim biasa, proses bayaran balik mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja manakala bagi musim Ramadhan dan Qurban memerlukan 7 hingga 14 hari bekerja untuk proses bayaran balik.

© 2022 EZ Qurban Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara