Perincian Akad

Perincian Dalam Lafaz Akad Bai' As-Salam

Saya bersetuju untuk membeli, adalah bermaksud :

  1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan pakej korban / akikah.
  2. Menempah haiwan untuk tujuan korban / akikah mengikut spesifikasi dan jumlah yang dipersetujui.
  3. Menyerahkan urusan penetapan tarikh pelaksanaan kepada pihak EZ Qurban, kecuali untuk pakej tertentu sahaja.
  4. Menyerahkan urusan pemilihan tempat pelaksanaan kepada pihak EZ Qurban kecuali untuk pakej tertentu sahaja.
  5. Mewakilkan kepada urusetia EZ Qurban untuk menyembelih, melapah dan mengagihkan kepada penerima.
  6. Sekiranya pihak urusetia EZ Qurban tidak dapat melaksanakan perkhidmatan seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak EZ Qurban.
  7. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.

 

Perincian Akad Bai’ Salam ini diperakui oleh Badan Penasihat Syariah EZ Qurban dan mendapat pensijilan ISO MS1900-2014 Sistem Pengurusan Berkualiti Berasaskan Pematuhan Syariah

© 2022 EZ Qurban Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara